PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 5,685 kes berbanding kelmarin, 3,902 kes sekali gus mengatasi 3,337 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 2,024 kes diikuti Kuala Lumpur (1,834), Perak (357), Sabah (279), Negeri Sembilan (230), Pulau Pinang (205), Melaka (147), Kedah (126) dan Johor (126).
Ia diikuti Putrajaya (92), Sarawak (85), Pahang (63), Kelantan (53), Terengganu (41), Labuan (15) dan Perlis, 8 kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan menurun kepada 598 orang berbanding kelmarin, 629 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 56 kes berbanding jumlah semalam, 55 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 35 kes berbanding jumlah kelmarin, 39 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 13 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,028 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan lapan kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,878 kes. Lima kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,614 kes. – UTUSAN