PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan semula kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,417 kes berbanding kelmarin, 3,264 kes sekali gus diatasi 2,536 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 884 kes diikuti Kuala Lumpur (642), Perak (166), Sabah (164), Pulau Pinang (112), Negeri Sembilan (138), Putrajaya (37), Johor (59) dan Melaka (66).
Ini diikuti Sarawak (30), Kedah (41), Pahang (28), Kelantan (28), Terengganu (15) Labuan (6) dan Perlis, satu kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan menurun kepada 404 orang berbanding kelmarin, 442 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 48 kes berbanding jumlah semalam, 43 kes.
Bagaimanapun jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 25 kes berbanding jumlah kelmarin, 26 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 13 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,026 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan lima kematian Covid-19 berbanding kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,816 kes. Dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,595 kes. – UTUSAN