PUTRAJAYA: Malaysia semalam kembali merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,919 kes berbanding kelmarin, 2,092 kes sekali gus mengatasi 1,564 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 821 kes diikuti Kuala Lumpur (351), Pulau Pinang (136), Negeri Sembilan (105), Perak (69), Sabah (82), Melaka (76), Sarawak (76), Johor (58) dan Kedah (58). Ini diikuti Putrajaya (32), Terengganu (17), Pahang (17), Perlis (6) dan Labuan, dua kes.
Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan kepada 430 orang berbanding kelmarin, seramai 411 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 32 kes, berbanding jumlah semalam 24 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 18 kes berbanding jumlah kelmarin, 12 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, empat kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,720 kes. Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,575 kes. – UTUSAN