Pesakit Covid-19 diwadkan meningkat tapi kekal rendah - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 diwadkan meningkat tapi kekal rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,871 kes berbanding kelmarin, 1,804 kes dan mengatasi 1,715 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 886 kes diikuti Kuala Lumpur (315), Perak (141), Pulau Pinang (125), Negeri Sembilan (121), Putrajaya (57) dan Melaka (55).

Ini diikuti Kedah (46), Johor (42), Sabah (32), Pahang (17), Sarawak (14), Kelantan (14), Terengganu (7), Perlis (4) dan Labuan, satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 452 orang berbanding kelmarin, seramai 440 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 29 orang berbanding jumlah kelmarin, 26 orang.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 17 kes berbanding jumlah kelmarin, 16 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,014 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, dua kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,680 kes.

Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,559 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya