Pesakit Covid-19 diwadkan kekal bawah 400 kes - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 diwadkan kekal bawah 400 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,326 kes berbanding kelmarin, 1,356 kes sekali gus diatasi 1,881 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 612 kes diikuti Kuala Lumpur (266), Pulau Pinang (92), Perak (58), Negeri Sembilan (54). Ini diikuti Sabah (63), Kedah (49), Johor (43), Melaka (30), Kelantan (18), Putrajaya (16), Sarawak (16), Pahang (9), Terengganu (3), Labuan, (1) dan Perlis, sifar kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 396 orang berbanding kelmarin, seramai 393 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 22 kes berbanding jumlah kelmarin, 26 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 11 kes berbanding jumlah kelmarin, 12 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,014 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, dua kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,690 kes. Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,563 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya