PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,165 kes berbanding kelmarin, 1,879 kes sekali gus mengatasi 1,488 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 918 kes diikuti Kuala Lumpur (487), Perak (113), Pulau Pinang (152), Negeri Sembilan (88), Sabah (87), Putrajaya (60), Johor (57), Melaka (54) dan Kedah (51). Ini diikuti Sarawak (47), Pahang (28), Kelantan (15), Terengganu (6), Perlis (2) dan Labuan, satu kes.
Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 465 orang berbanding kelmarin, seramai 459 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 24 kes berbanding jumlah kelmarin, 25 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 13 kes berbanding jumlah kelmarin, 17 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, satu kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,709 kes. Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,573 kes. – UTUSAN