Covid-19: Selangor catat bawah 600 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Selangor catat bawah 600 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,356 kes berbanding kelmarin, 1,586 kes sekali gus diatasi 1,620 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 569 kes diikuti Kuala Lumpur (264), Pulau Pinang (105), Perak (90) dan Negeri Sembilan (81).

Ini diikuti Sabah (45), Melaka (31), Kedah (29), Putrajaya (24), Sarawak (22), Pahang (17), Kelantan (9), Terengganu (5), Perlis (5) dan Labuan, satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 393 orang berbanding kelmarin, seramai 417 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 26 kes berbanding jumlah kelmarin, 27 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 12 kes berbanding jumlah kelmarin, 17 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,014 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, dua kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,688 kes. Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,562 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya