Covid-19: Kes positif hampiri 2,000, 2 kematian - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif hampiri 2,000, 2 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,804 kes berbanding kelmarin, 1,445 kes dan mengatasi 1,911 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, dua kes kematian dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,678 kes. Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,559 kes.

Bagi jumlah jangkitan baharu pula, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 763 kes diikuti Kuala Lumpur (386), Perak (151), Negeri Sembilan (140), Pulau Pinang (113) dan Melaka (64). Ini diikuti Putrajaya (39), Kedah (36), Johor (33), Sarawak (23), Sabah (28), Pahang (13), Terengganu (7), Kelantan (7),  Perlis (5) dan Labuan, satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 440 orang berbanding kelmarin, seramai 422 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 26 orang berbanding jumlah kelmarin, 28 orang. Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 16 kes berbanding jumlah kelmarin, 15 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak tiga kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,013 keseluruhan kluster. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya