PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,236 kes berbanding kelmarin, 2,370 kes dan mengatasi 1,263 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,148 kes diikuti Kuala Lumpur (338), Pulau Pinang (171), Negeri Sembilan (112), Perak (105), Johor (87) dan Melaka (81).
Diikuti Sabah (43), Kedah (43), Sarawak (30), Pahang (28), Putrajaya (15), Terengganu (17), Kelantan (13), Perlis (6) dan Labuan, hanya dua kes.
Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 421 orang berbanding kelmarin, seramai 452 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 45 orang berbanding jumlah kelmarin, 47 orang.
Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan sebanyak 23 kes berbanding jumlah kelmarin, 31 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 55 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,011 keseluruhan kluster.
Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, tiga kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,615 kes.
Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,542 kes. – UTUSAN