Selangor catat bawah 1,000 kes positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Selangor catat bawah 1,000 kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,697 kes berbanding kelmarin, 2,236 kes dan mengatasi 1,548 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 707 kes diikuti Kuala Lumpur (370), Pulau Pinang (151), Perak (78) dan Johor (69).

Ini diikuti Negeri Sembilan (50), Sabah (48), Kedah (47), Melaka (39), Putrajaya (38), Pahang (36), Sarawak (25), Terengganu (20), Kelantan (15), Labuan (4) manakala Perlis, sifar kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 459 orang berbanding kelmarin, seramai 421 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 40 orang berbanding jumlah kelmarin, 44 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan sebanyak 22 kes berbanding jumlah kelmarin, 23 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 54 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,011 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, lima kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,620 kes.

Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,543 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya