Kes positif meningkat melepasi 2,000 - Utusan Malaysia

Kes positif meningkat melepasi 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,013 kes berbanding kelmarin, 1,466 kes dan diatasi 2,548 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 850 kes diikuti Kuala Lumpur (383), Pulau Pinang (145), Negeri Sembilan (129), Perak (94), Melaka (91), Kedah (64), Johor (63) dan Sarawak (51).

Ini diikuti Sabah (42), Putrajaya (39), Pahang (26), Terengganu (19), Kelantan (13), Labuan (5) manakala Perlis, tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 587 orang berbanding kelmarin, seramai 450 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan peningkatan kepada 38 orang berbanding jumlah kelmarin, 36 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan sebanyak 20 kes berbanding jumlah kelmarin, 17 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 45 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,011 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, tujuh kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,630 kes.

Selain itu, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,548 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya