Kes positif Covid-19 menurun - Utusan Malaysia

Kes positif Covid-19 menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,029 kes berbanding kelmarin, 3,405 kes dan mengatasi 1,116 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,286 kes diikuti Kuala Lumpur (501), Pulau Pinang (229), Negeri Sembilan (208), Perak (174), Johor (126), Melaka (108), Putrajaya (88), Sabah (78), Kedah (61), (Pahang (58),  dan Sarawak (57).

Ini diikuti Terengganu (23), Kelantan (21), Perlis (8) dan Labuan, hanya tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 511 orang berbanding kelmarin, seramai 546 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam turut merekodkan penurunan kepada 42 orang berbanding jumlah kelmarin, 51 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sebanyak 33 kes berbanding jumlah kelmarin, 34 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 59 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,011 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, lima kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,607 kes. 

Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,540 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya