PUTRAJAYA: Malaysia semalam terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,152 kes berbanding kelmarin, 1,644 kes dan diatasi 1,975 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 520 kes diikuti Kuala Lumpur (185), Pulau Pinang (90) dan Perak (81).
Ini diikuti Johor (47), Negeri Sembilan (42), Sabah (39), Kedah (34), Melaka (34), Putrajaya (29), Sarawak (27), Pahang (13), Kelantan (5), Terengganu (4), Perlis (4) dan Labuan, satu kes.
Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 425 orang berbanding kelmarin, seramai 406 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam kekal merekodkan 34 orang bersamaan jumlah kelmarin, 34 orang.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 17 kes bersamaan jumlah kelmarin, 18 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak dua kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, tiga kluster sekali gus menjadikan 7,012 keseluruhan kluster.
Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, lima kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,665 kes. Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,554 kes. – UTUSAN