Semua kategori Covid-19 menurun kecuali kes positif - Utusan Malaysia

Semua kategori Covid-19 menurun kecuali kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 12,105 kes berbanding kelmarin, 12,017 kes, sekali gus diatasi 21,029 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam turut merekodkan penurunan kepada 221 kes berbanding kelmarin, 234 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga merekodkan penurunan kepada 122 kes berbanding kelmarin, 131 kes.

“Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, satu kes sekali gus kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara kekal 6,941 kluster. Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 151 kluster berbanding kelmarin, 163 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,790 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 95 kes daripada 12,105 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 12,010 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 95 kes kategori tiga, empat dan lima, 28 kes (29.47 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 30 kes (31.58 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 37 kes (38.95 peratus) telah menerima dos penggalak. Selain itu, 51 kes (53.68 peratus) berusia 60 tahun dan ke atas serta 57 kes (60 peratus) mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan menurun dengan jumlah sebanyak 32 kes berbanding semalam, 33 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 35,192 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak sembilan daripada 32 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,434 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya