Kluster aktif Covid-19 terus menurun - Utusan Malaysia

Kluster aktif Covid-19 terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan kembali penurunan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 10,177 kes berbanding kelmarin, 14,944 kes sekali gus terus diatasi 15,132 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam turut merekodkan penurunan kepada 195 kes berbanding kelmarin, 206 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga merekodkan penurunan kepada 108 kes berbanding kelmarin, 109 kes.

“Bagi kluster Covid-19 pula, dua kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, dua kes sekali gus kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara 6,949 kluster. Kluster aktif Covid-19 kekal mencatatkan 129 kluster berbanding kelmarin, 135 manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,820 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 63 kes daripada 10,177 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 10,114 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 63 kes kategori tiga, empat dan lima, 20 kes (31.75 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 22 kes (34.92 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 21 kes (33.33 peratus) telah menerima dos penggalak. Selain itu, 38 kes (60.32 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas; 35 kes (55.56 peratus) mempunyai komorbid dan dua kes (3.17 peratus) adalah kes ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan menurun dengan jumlah sebanyak 21 kes berbanding semalam, 31 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 35,280 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), tiada kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan kekal sebanyak 7,449 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya