Kes positif Covid-19 kini bawah 8,000 kes - Utusan Malaysia

Kes positif Covid-19 kini bawah 8,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 7,739 kes berbanding kelmarin, 8,112 kes sekali gus terus diatasi 19,049 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam kekal sebanyak 174 bersamaan kes kelmarin.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan penurunan kepada 102 kes berbanding kelmarin, 110 kes.

“Bagi kluster Covid-19, dua kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, hanya satu kluster sekali gus kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara 6,952 kluster. Kluster aktif Covid-19 mencatatkan 126 kluster berbanding kelmarin, 130 manakala jumlah kluster tamat sebanyak 6,826 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 67 kes daripada 7,739 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima dan baki kes harian, 7,672 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 67 kes kategori tiga, empat dan lima, 24 kes (35.82 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 16 kes (23.88 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 27 kes (40.30 peratus) telah menerima dos penggalak. Selain itu, 36 kes (53.73 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas; 42 kes (62.69 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes (1.49 peratus) ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan meningkat dengan jumlah sebanyak 19 kes berbanding semalam, 12 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 35,311 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), tiga kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,456 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya