Covid-19: Kes sembuh terus atasi kes positif - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes sembuh terus atasi kes positif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 4,006 kes berbanding kelmarin, 5,624 kes bagaimanapun terus diatasi 10,223 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan peningkatan kepada 98 kes berbanding jumlah kelmarin, 89 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan peningkatan kepada 61 kes berbanding kelmarin, 57 kes.

“Bagi kluster Covid-19, satu kluster baharu direkodkan sama seperti kelmarin, sekali gus menjadikan kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara 7,004 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 mencatatkan 97 kluster berbanding kelmarin, 99 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,907 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 24 kes daripada 4,006 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala baki kes harian, 3,982 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 24 kes kategori tiga, empat dan lima, lapan kes (33.33 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; sembilan kes (37.50 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan tujuh kes (29.17 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, sembilan kes (37.50 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 12 kes (50 peratus) mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan sebanyak lapan kes berbanding semalam, sembilan kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 35,499 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), tiada kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,513 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya