Covid-19: Kes positif meningkat semula - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif meningkat semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam terus mencatatkan peningkatan semula kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 9,002 kes berbanding kelmarin, 7,739 kes sekali gus terus diatasi 16,986 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 151 kes berbanding 174 kes kelmarin.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan penurunan kepada 97 kes berbanding kelmarin, 102 kes.

“Bagi kluster Covid-19, tiga kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, dua kluster sekali gus kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara 6,955 kluster. Kluster aktif Covid-19 mencatatkan 117 kluster berbanding kelmarin, 126 manakala jumlah kluster yang tamat sebanyak 6,838 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak  67 kes daripada 9,002 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 8,935 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 67 kes kategori tiga, empat dan lima, sembilan kes (13.43 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 22 kes (32.84 peratus) telah menerima dua  dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 36 kes (53.73 peratus) telah menerima dos penggalak. Selain itu, 40 kes (59.70 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 41 kes (61.19 peratus) mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan meningkat dengan jumlah sebanyak 30 kes berbanding semalam, 19 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 35,341 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), enam kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,462 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya