Covid-19: Kes positif, kluster aktif menurun - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif, kluster aktif menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 17,476 kes berbanding kelmarin, 18,560 kes sekali gus mengatasi 17,321 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam turut merekodkan penurunan kepada 263 kes berbanding kelmarin, 267 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga merekodkan penurunan kepada 162 kes berbanding kelmarin, 164 kes.

“Bagi kluster Covid-19 pula, enam kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, sifar kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,938 kluster. Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 194 kluster berbanding kelmarin, 198 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,744 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 111 kes daripada 17,476 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 17,365 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 111 kes kategori tiga, empat dan lima, 22 kes (19.82 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 45 kes (40.54 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 44 kes (39.64 peratus) telah menerima dos penggalak. Selain itu, 62 kes (55.86 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas; 59 kes (53.15 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes (0.9 peratus) kes adalah kes ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan menurun dengan jumlah sebanyak 30 kes berbanding semalam, 44 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 35,013 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lima daripada 30 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,386 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya