Pesakit Covid-19 di ICU menurun kepada 380 kes - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 di ICU menurun kepada 380 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 32,800 kes berbanding kelmarin, 30,787 kes sekali gus mengatasi 24,444 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan penurunan sedikit, 380 kes berbanding kelmarin, 389 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit peningkatan kepada 231 kes berbanding kelmarin, 229 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan pertambahan empat kluster bersamaan jumlah kelmarin, empat kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,873 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 405 kluster berbanding kelmarin, 419 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,468 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 183 kes daripada 32,800 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 32,617 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 183 kes kategori tiga, empat dan lima, 35 kes atau 19.12 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;80 kes atau 43.72 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 68 kes atau 37.16 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 103 kes atau 56.28 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 73 kes atau 39.89 peratus mempunyai komorbid dan dua kes atau 1.09 peratus adalah ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 76 kes berbanding semalam, 70 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 33,643 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 21 daripada 76 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,995 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya