MB Selangor positif Covid-19 - Utusan Malaysia

MB Selangor positif Covid-19

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) semalam.

Sekretariat akhbarnya dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan dijadualkan kembali bertugas secara rasmi mulai Selasa, 8 Mac.

“Bagi pihak Menteri Besar, beliau memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa berurusan dengan beliau dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19,” katanya.

Dalam masa sama, kenyataan itu turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Amirudin sekeluarga dan semua yang turut terkesan dengan wabak Covid-19.

“Semoga Allah SWT terus merahmati dan melindungi kita semua jua,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya