Kes positif terus meningkat tapi tiada kluster baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Kes positif terus meningkat tapi tiada kluster baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 22,491 kes berbanding kelmarin, 21,483 kes sekali gus diatasi 26,234 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 332 kes berbanding kelmarin, 339 kes manakala jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga merekodkan penurunan kepada 189 kes berbanding kelmarin, 209 kes.

“Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, empat kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,918 kluster. Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 273 kluster berbanding kelmarin, 284 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,645 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 165 kes daripada 22,491 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 22,326 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 165 kes kategori tiga, empat dan lima, 43 kes (26.06 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 71 kes (43.03 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 51 kes (30.91 peratus) telah menerima dos penggalak. Selain itu, 99 kes (60.00 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas; 98 kes (59.39 peratus) mempunyai komorbid dan dua kes (1.21 peratus) ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menurun sebanyak 65 kes berbanding semalam, 73 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 34,600 kes. Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 15 daripada 65 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,284 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya