Demam Abdul Hadi sudah kebah - Anak - Utusan Malaysia

Demam Abdul Hadi sudah kebah – Anak

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang disahkan positif Covid-19 sudah tidak mengalami gejala demam.

Anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, keadaan kesihatan bapanya makin baik dan kini menjalani kuarantin di rumah hingga Sabtu ini.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI

Katanya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pertama kali dijangkiti Covid-19 dipercayai selepas pulang daripada program parti di Kedah, Jumaat lalu.

“Malam tadi saya bercakap dengannya, demam makin sembuh tetapi kita masih pantau secara dekat keadaannya.

“Ayah saya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian kerana demam dan setakat ini tiada ahli keluarga lain yang dijangkiti virus itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ahad lalu, Muhammad Khalil dalam perkongsian di laman Facebook memaklumkan bapanya dijangkiti Covid-19 tetapi hanya mengalami gejala ringan.

Abdul Hadi berkunjung ke Kedah bagi merasmikan Bangunan Pentadbiran Kompleks Pas negeri itu di Simpang Empat, Alor Setar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya