26,856 kes positif baharu, hanya 188 kes kategori tiga ke atas - Utusan Malaysia

26,856 kes positif baharu, hanya 188 kes kategori tiga ke atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 26,856 kes positif berbanding kelmarin, 27,435 kes, sekali gus mengatasi 30,726 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan, 368 kes berbanding kelmarin, 379 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan peningkatan kepada 223 kes berbanding kelmarin, 216 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan peningkatan kepada lapan kluster berbanding kelmarin, empat kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,849 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini menurun kepada 445 kluster berbanding kelmarin, 454 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,404 kluster,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 188 kes daripada 26,856 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 26,668 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 188 kes kategori tiga, empat dan lima, 63 kes atau 33.51 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 80 kes atau 42.55 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 45 kes atau 23.94 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 103 kes atau 54.79 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 83 kes atau 44.15 peratus mempunyai komorbid dan tiga kes atau 1.60 peratus kes adalah kes ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 77 kes berbanding semalam, 55 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 33,305 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 26 daripada 77 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,895 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya