Tahun Baharu Cina: Patuhi SOP, lindungi keluarga - Utusan Malaysia

Tahun Baharu Cina: Patuhi SOP, lindungi keluarga

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai supaya tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Katanya, perkara itu tetap perlu dipatuhi meskipun situasi jangkitan Covid-19 di negara ini semakin pulih dan stabil.

“Covid-19 sekali lagi mengekang kita daripada berkumpul beramai-ramai semasa Tahun Baharu Cina ini.

“Kepada mereka yang menyambutnya bersama keluarga, apa yang penting ialah ujian kendiri dan lindungi mereka di dalam keluarga anda, yang mudah terdedah (dengan jangkitan itu).

“Tanggungjawab ada pada setiap orang untuk melindungi keluarga dan diri kita sendiri.

“Semoga Yang Maha Kuasa membimbing dan melindungi kita semua untuk mengakhiri pandemik ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya