Sekolah berasrama rekod 108 kluster - Utusan Malaysia

Sekolah berasrama rekod 108 kluster

KHAIRY Jamaluddin beramah mesra dan melihat kanak-kanak yang divaksin semasa Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekolah berasrama menjadi penyumbang terbesar bagi Kluster Pendidikan selepas mencatatkan jumlah kes tertinggi sepanjang Januari tahun ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun terdapat banyak Kluster Pendidikan yang masih aktif namun keseriusan kes masih terkawal apabila tiada pesakit positif Covid-19 yang kritikal daripada kluster itu.

“Kluster pendidikan yang berdasarkan peringkat persekolahan bermula 1 Januari hingga 2 Februari tahun ini,  kita melihat paling banyak jangkitan berlaku di sekolah berasrama di peringkat sekolah menengah dengan 108 kluster.

“Yang lain semua tidak tinggi sangat iaitu sekolah menengah harian merekodkan 12 kluster, sekolah rendah harian merekodkan 13 kluster dan prasekolah merekodkan 10 kluster.

“Kita juga mengambil rekod daripada kolej dan setakat ini kolej berasrama merekodkan 19 kluster,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids) di sini hari ini.

Walaupun begitu, Khairy berkata, pihaknya kini mengambil inisiatif untuk menjalankan penilaian risiko sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan penutupan sekolah.

“Daripada keseluruhan jumlah itu, hanya 14 sekolah yang ditutup. Maksudnya walaupun ada kluster tetapi kita mengambil pendekatan penilaian risiko.

“Kita tidak terus tutup tetapi kita akan pastikan kita buat penilaian terlebih dahulu dan jika kita dapat melakukan pengasingan pelajar positif dan negatif maka sekolah boleh beroperasi.

“Penutupan sekolah adalah pilihan terakhir. Sehingga hari ini ada 190 kluster pendidikan yang masih aktif namun tidak ada langsung kes daripada kategori empat dan lima,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya