PETALING JAYA: Sebanyak 174 kes direkodkan di negara ini membabitkan kesan serius yang dikenali sebagai Multi-System Inflammatory Syndrome Covid-19 (MIS-C).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 57 peratus dicatatkan daripada jumlah keseluruhan itu adalah dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.
Katanya, perkara itu adalah berdasarkan kajian MIS-C yang dijalankan oleh Malaysia Study Group.
“MIS-C adalah salah penyakit yang serius akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.
“Tujuh kes telah disahkan meninggal dunia akibat MIS-C. Dapatkan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia 5-11 tahun dengan segera,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini. – UTUSAN