Pulau Pinang ke-5 tertinggi vaksin kanak-kanak  - Utusan Malaysia

Pulau Pinang ke-5 tertinggi vaksin kanak-kanak 

NORLELA ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Liputan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Pulau Pinang adalah pada kadar 18.9 peratus setakat kelmarin. 

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, kadar itu meletakkan Pulau Pinang di kedudukan kelima tertinggi dalam jumlah penerima vaksinasi kanak-kanak di Malaysia. 

Dari segi pecahan kaum pula, ujarnya, jumlah peratusan kanak-kanak Cina yang mendapatkan vaksin Covid-19 ialah 42.7 peratus, India (9.5 peratus), Melayu (tujuh peratus), bumiputera (14.6 peratus) dan lain-lain (17.9 peratus). 

“Selain itu, bagi peratusan umur kanak-kanak pula, mereka yang berusia 10 tahun adalah yang paling tinggi menerimanya iaitu pada kadar 23.9 peratus manakala usia lima tahun pula 12.3 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak yang berusia lima sehingga 11 tahun bermula bulan ini sejurus selepas ketibaan vaksin Pfizer (kanak-kanak) 31 Januari lalu. 

Bagi peringkat Pulau Pinang, PICKids untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun bermula 7 Februari lalu. 

Dalam pada itu, menerusi data CovidNow bagi Pulau Pinang, secara keseluruhannya, sehingga semalam, 33,205 kanak-kanak telah menerima vaksin Covid-19. 

“Bagi liputan dos penggalak pula, 947,663 individu telah menerima dos berkenaan iaitu pada kadar 69 peratus. 

“Selain itu, sebanyak tiga pesakit memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar penggunaan katil ICU adalah 58 peratus setakat semalam,” katanya. 

Laman web CovidNow itu juga memaklumkan kadar penggunaan katil di hospital adalah 71.1 peratus manakala Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) pula 46.4 peratus.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya