Perjelas SOP PRN Johor, jamin keselamatan pengundi - Utusan Malaysia

Perjelas SOP PRN Johor, jamin keselamatan pengundi

ADHAM Baba (tiga dari kiri) bersama Ketua Eksekutif Mobility Werk Group, Zulkifli Kasim (kiri) melancarkan stesen pengecas elektrik EZ-Charge sewaktu majlis menandatangani MOU antara Mobility Werk Group dan EZ-Charge United Kingdom di UMW Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UMNO Johor berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi menentukan keselamatan pengundi semasa mengundi mahupun sepanjang kempen diadakan.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, beliau percaya SPR mempunyai garis panduan memandangkan tarikh penting bagi PRN sudah pun ditetapkan kelmarin.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, beliau dimaklumkan bahawa varian Omicron ini memberi milder infection dan tidak membawa kepada sistem kesihatan lebih bahaya.

“Saya sudah tanya Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin), bahawa gelombang Omicron ini tidak membawa kepada sistem kesihatan menjadi lebih bahaya tetapi dengan milder infection.

“Saya yakin SPR akan mengemukakan beberapa pandangan, jadi kita lihat ada perkara yang perlu ditimbangkan antara life and living hood. Jadi kita berharap SPR akan menentukan dan menasihatkan sama ada PRN itu boleh melindungi pengundi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersama MW EV Sdn. Bhd. dan EZ Charge hari ini.

Terdahulu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa PRN Johor ditangguhkan atau membenarkan parti yang bertanding untuk berkempen secara terbuka jika enggan berbuat demikian.

Gesaan demikian dinyatakan gabungan itu berikutan kes jangkitan harian kes Covid-19 menunjukkan trend peningkatan akibat varian Omicron.

Dalam pada itu, Dr. Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara memberitahu, proklamasi darurat pernah digunakan untuk menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Gerik, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya sebagai langkah proaktif membendung Covid-19.

“Proklamasi darurat sebelum ini ketika gelombang kedua pernah digunakan masa saya Menteri Kesihatan supaya tidak mengadakan pilihan raya (PRK) di Batu Sapi dan Gerik.

“Ia berkaitan kebimbangan untuk mengadakan pilihan raya dan akibatnya, tetapi kita sedia maklum SPR sudah pun menentukan tarikh penamaan calon, pengundian pos dan undi pada 12 Mac nanti,” katanya.

Pada 9 Februari lalu, SPR menetapkan PRN Johor diadakan pada 12 Mac dengan hari mengundi awal ditetapkan pada 8 Mac manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.

Sebelum ini, Khairy berkata, PRN Johor boleh diteruskan, biarpun Malaysia berada dalam gelombang Omicron berikutan pesakit Covid-19 dijangkiti varian itu tidak menunjukkan kesan teruk berbanding varian Delta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya