Peningkatan kes disebabkan Omicron - Khairy - Utusan Malaysia

Peningkatan kes disebabkan Omicron – Khairy

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 sehingga 7,234 kes adalah berpunca daripada gelombang Omicron.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, semua pihak tidak perlu terlalu bimbang dengan jumlah kes yang tinggi kerana Omicron tidak memberi kesan gejala yang teruk.

Katanya, apa yang lebih penting adalah kadar kemasukan hospital dan kadar kematian berada dalam keadaan terkawal.

“Jika dibandingkan dengan sebelum ini seperti Delta, gelombang ini tidak menyebabkan gejala yang seteruk mana, terutamanya apabila 99 peratus daripada penduduk dewasa sudahpun divaksinasi.

“Jadi kalau melihat kepada kemasukan hospital, dari segi kadar kematian, ia masih rendah dan terkawal. Ini sebenarnya menjadi indikator data yang penting untuk kita,” katanya ketika berucap dalam program How to Cope with Cancer di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini.

Namun, beliau memberi jaminan bahawa jumlah kes Covid-19 akan menurun tidak lama lagi.

“Ya, sudah tentu kita risau jika kes terlalu tinggi, tetapi kes boleh rendah sebab kebolehjangkitan Omicron adalah lagi tinggi dan kita sudah membenarkan beberapa kelonggaran untuk pulihkan ekonomi kita.

“Yang penting kita usahakan supaya mereka yang berisiko tinggi, warga emas dan komorbiditi yang serius dapat dijaga dan dirawat dengan baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya