Penggunaan katil ICU di Melaka hanya 34.2 peratus - Utusan Malaysia

Penggunaan katil ICU di Melaka hanya 34.2 peratus

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dakwaan bahawa penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) dan alat bantuan pernafasan (ventilator) di Melaka mencecah sehingga 54 peratus oleh sebuah portal adalah tidak benar, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Setakat semalam, menurut beliau, kadar penggunaan katil ICU bagi pengurusan kes Covid-19 berada pada tahap 34.2 peratus.

Beliau berkata, seramai 13 pesakit masih menjalani rawatan di ICU iaitu 12 daripadanya di Hospital Melaka, manakala seorang lagi di Hospital Jasin.

Jelasnya, penggunaan katil pula secara keseluruhan adalah sebanyak 38 buah iaitu 30 buah di Hospital Melaka, Hospital Jasin (6 buah) dan Hospital Alor Gajah (2 buah), manakala ventilator yang digunakan pula hanya tujuh buah.

“Penggunaan katil ICU di semua hospital di negeri ini tidak membimbangkan kerana kebanyakan mereka yang positif Covid-19 adalah pada tahap 1 dan 2.

“Kesemua mereka menjalani kuarantin diri hanya di rumah dan bukannya di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

“Dakwaan penggunaan katil ICU hingga mencecah 54 peratus, itu adalah berita tidak benar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, kadar penggunaan katil di hospital kerajaan pula pada tahap 59.3 peratus iaitu sebanyak 243 buah melibatkan 144 pesakit.

Bagi penggunaan katil di hospital swasta pula, kata beliau, sebanyak 83 katil disediakan dan setakat ini tidak ada pesakit Covid-19 menerima rawatan di situ.

“Bagi PKRC pula, penggunaan katil adalah sebanyak 1,049 dan setakat ini seramai 572 pesakit masih ditempatkan di situ dan kadarnya adalah sebanyak 54.5 peratus,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya