Laporan harian Covid-19 dikeluarkan 10 pagi - Utusan Malaysia

Laporan harian Covid-19 dikeluarkan 10 pagi

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan perkembangan kes baharu Covid-19 pada pukul 10 pagi, hari berikutnya bagi memastikan keseluruhan data dapat diperincikan dengan lebih menyeluruh dan jumlah kes harian Covid-19 tidak lagi diumumkan secara berasingan setiap petang bermula esok.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, laporan harian Covid-19 akan dikeluarkan bersama data lain termasuk penggunaan katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi dan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Langkah itu akan berkuat kuasa esok dan seterusnya, dengan jumlah kes harian bagi Jumaat hanya akan dikeluarkan pada pagi Sabtu pukul 10 pagi. Amalan ini sudah dilaksanakan di beberapa negara lain seperti Singapura yang turut mengumumkan kes harian Covid-19 pada tengah malam. Saya juga meminta pihak media supaya membuat perubahan dari segi jadual laporan seperti yang ditetapkan ini,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Katanya, budaya pelaporan itu akan bermula esok dan tiada lagi pengumuman kes harian oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah setiap pukul 3 petang kerana pihak kementerian mahu mendidik masyarakat supaya turut melihat gambaran yang lebih jelas dan teliti mengenai keadaan sebenar perkembangan Covid-19 dalam negara.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, petugas kesihatan yang juga kontak rapat pesakit Covid-19 tanpa gejala tidak lagi perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian saringan pada hari tertentu.

“Satu pekeliling mengenai perkara itu telah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan pada 15 Februari lalu. Protokol baharu isolasi bagi kontak rapat pesakit Covid-19 akan dikeluarkan minggu depan. Kami akan memaklumkan perkembangan ini kepada pekerja kesihatan di sektor swasta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya