Lapan sekolah di Negeri Sembilan ditutup ekoran Covid-19 - Utusan Malaysia

Lapan sekolah di Negeri Sembilan ditutup ekoran Covid-19

AMINUDDIN Harun (kiri) dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Terdapat 21 kluster jangkitan Covid-19 berkaitan pendidikan telah dilaporkan di Negeri Sembilan sehingga semalam dan sebanyak lapan buah sekolah juga telah ditutup buat sementara waktu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penutupan lapan buah sekolah tersebut adalah berdasarkan penilaian risiko oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi tujuan pengesanan kontak rapat, isolasi, sanitasi dan mitigasi serta akan dibuka semula secara berperingkat.

“Kesemuanya melibatkan lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) manakala tiga buah lagi melibatkan Sekolah Kebangsan (SK).

“Hasil penelitian, pola penularan kes Covid-19 di sekolah kebanyakannya bersifat sporadik dan tidak ada dapatan substantif yang menunjukkan punca penularan adalah disebabkan ketidakpatuhan atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di sekolah yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Menurut Aminuddin, berdasarkan pemerhatian dan pemantauan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, didapati tahap pematuhan SOP di sekolah adalah memuaskan dan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Sementara itu kata beliau, Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah Covid-19 (PKRC) dan Stesen Kuarantin di negeri ini masih berada pada tahap yang stabil dan mencukupi.

“Terdapat dua buah PKRC di negeri ini iaitu PKRC Tampin dan PKRCS Nilai Lodge Residence dengan kapasiti maksimum sebanyak 624 katil.

“Penggunaan semasa untuk kedua-dua PKRC tersebut adalah 68 peratus. Di negeri ini, terdapat empat stesen kuarantin aktif termasuk berada dalam keadaan siap siaga yang terdiri daripada dua premis milik Institut Latihan Awam (ILA) dan dua premis yang dikawal selia oleh pihak swasta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya