Kerajaan teliti mansuh kuarantin kontak rapat tidak bergejala - Utusan Malaysia

Kerajaan teliti mansuh kuarantin kontak rapat tidak bergejala

NOOR Azmi Ghazali memberikan suntikan vaksinasi Covid-19 kepada Wan Muhammad Haziq Wan Amrol, 11, di PICKids Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, Hulu Terengganu hari ini. - NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerajaan masih meneliti cadangan pemansuhan kuarantin bagi kontak rapat kes positif Covid-19 yang tidak bergejala. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, selain tidak bergejala, cadangan itu turut melibatkan golongan disahkan negatif Covid-19, lengkap vaksinasi di samping tiada komorbid.

Katanya, setakat ini, perkara itu hanya dilaksanakan kepada petugas kesihatan dan dibenarkan ke tempat kerja tanpa perlu menjalani kuarantin. 

“Bagi masyarakat umum, masih tiada keputusan pemansuhan kuarantin, kita masih meneliti cadangan ini dan akan dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin nanti. 

“Sebarang keputusan tentang polisi dan perubahan prosedur dilaksanakan kementerian adalah berdasarkan fakta serta sains selain hasil perbincangan dengan pakar-pakar dan pihak luar,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Kanak-kanak (PICKids) di Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, di sini hari ini. 

Noor Azmi berkata, individu yang disahkan kontak rapat sama ada bergejala atau tidak masih perlu menjalani ujian saringan menggunakan kit ujian pantas (RTK)  Antigen untuk memastikan mereka benar-benar bebas daripada jangkitan virus Covid-19.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya