Hanya 7.5 peratus kanak-kanak Terengganu divaksin - Utusan Malaysia

Hanya 7.5 peratus kanak-kanak Terengganu divaksin

Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kadar penerimaan vaksin Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) di negeri ini masih lagi rendah dengan hanya 7.5 peratus individu berusia antara lima hingga 11 tahun disuntik. 

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, angka itu sekali gus meletakkan Terengganu di kelompok tiga negeri terendah dengan jumlah pengambilan vaksin di bawah 10 peratus.

Katanya, selain Terengganu, dua lagi negeri itu adalah Kelantan dengan 6.1 peratus dan Sabah 8.9 peratus. 

“Kita sudah berhubung dengan Jabatan Kesihatan negeri dan difahamkan, ramai ibu bapa masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat selain bimbang keselamatan anak-anak mereka yang divaksin. 

“Pelbagai pendekatan dilakukan bagi meningkatkan pemberian vaksin terhadap golongan sasar termasuk memperluaskan pasukan outreach yang bergerak dari sekolah ke sekolah,” katanya selepas Melawat Pusat Pemberian Vaksin Kanak-kanak (PICKids) di Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, di sini hari ini. 

 Noor Azmi berkata, seramai 392 pasukan outreach kini digerakkan ke 1,244 sekolah di seluruh negara bagi memberikan penerangan tepat berhubung kepentingan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak.  –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya