JAKARTA: Kes baharu positif Covid-19 di Indonesia melonjak kepada 16,021 hari ini dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 4,369,391 kes.
CNN Indonesia melaporkan, daripada jumlah kes keseluruhan itu, sebanyak 4,143,694 kes sembuh.
Selain itu, terdapat 28 kes kematian dicatatkan hari ini.
Selepas gelombang kedua varian Delta melanda akhir tahun lalu, trend kes baharu harian kembali meningkat awal tahun ini ekoran penularan varian Omicron.