Anak bongsu Khairy terima suntikan dos pertama vaksin Covid-19

Anak bongsu Khairy terima suntikan dos pertama vaksin Covid-19

ANAK bongsu Khairy Jamaluddin menerima vaksin Covid-19 di WTCKL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan anak bongsunya, Raif menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Khairy memaklumkan, anaknya itu selesai menerima suntikan dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di WTCKL.

“Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19. Daftar anak anda untuk PICKids,” katanya.

Ciapan Khairy itu turut mendapat reaksi dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Alhamdulillah,” itu reaksi Noor Hisham ringkas.

Sebelum ini, Khairy menutup mulut pengritik apabila mengesahkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun itu untuk menerima suntikan vaksin pada 3 Januari lalu. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya