7 kluster Covid-19; 318 kluster aktif - Utusan Malaysia

7 kluster Covid-19; 318 kluster aktif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kluster aktif Covid-19 terus merekodkan penambahan jumlah terkini sebanyak 318 kluster berbanding semalam, 314 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kluster Covid-19 baharu menunjukkan penurunan apabila mencatatkan tujuh kluster berbanding semalam, 14 kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,434 kluster. Jumlah kluster tamat sebanyak 6,116 kluster berbanding semalam, 6,113 kluster,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sebanyak 5,566 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 4,774 kes sekali gus mengatasi 3,187 kes sembuh.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan iaitu 59 kes berbanding semalam, 62 kes.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan sedikit penurunan, 113 kes berbanding semalam, 114 kes,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 51 kes bersamaan 0.9 peratus daripada 5,566 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, sebanyak 5,515 kes bersamaan 99.1 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan peningkatan iaitu 13 kes berbanding semalam, lapan kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,978 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), empat daripada 13 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,446 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya