444 kluster Covid-19; 16 kluster baharu - Utusan Malaysia

444 kluster Covid-19; 16 kluster baharu

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan peningkatan kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini sebanyak 444 kluster berbanding semalam, 435 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kluster Covid-19  baharu pula merekodkan penurunan kepada 16 kluster berbanding semalam, 17 kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,629 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,185 kluster berbanding semalam, 6,178 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan penurunan 194 kes berbanding semalam, 199 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan iaitu 120 kes berbanding semalam, 115 kes. Malaysia mencatatkan sebanyak 22,133 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 21,315 kes sekali gus mengatasi 7,584 kes sembuh,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 146 kes bersamaan 0.66 peratus daripada 22,133 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 21,987 kes bersamaan 99.34 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi kes kategori tiga, empat dan lima, 30 kes bersamaan 20.6 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 79 kes bersamaan 54.1 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 namun belum menerima dos penggalak dipercayai kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap Covid-19 telah menurun.

“Selain itu, satu kes bersamaan 0.7 peratus kes adalah kes ibu mengandung; 58 kes bersamaan 39.7 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 46 kes bersamaan 31.5 peratus mempunyai penyakit komorbid dan 15 kes bersamaan 10.3 peratus telah meninggal dunia, di mana dua kes bersamaan 1.4 peratus adalah kes kematian yang dibawa ke hospital (BID),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 24 kes berbanding semalam, 11 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 8 malam, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,149 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 11 daripada 24 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,504 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya