3,842 jenazah Covid-19 diuruskan Jawi, Jakim setakat ini - Utusan Malaysia

3,842 jenazah Covid-19 diuruskan Jawi, Jakim setakat ini

kematian
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah menguruskan 3,842 jenazah Covid-19 setakat semalam.

Jawi menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah jenazah yang dikendalikan itu adalah dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, 2,111 adalah jenazah lelaki manakala 1,731 membabitkan jenazah perempuan,” katanya.

Katanya, kumpulan umur 41 hingga 60 tahun kekal mendahului jenazah paling tinggi dikebumikan setakat ini iaitu 1,612 jenazah.

Ia kemudian diikuti kumpulan umur 61 hingga 80 tahun dengan 1,434 jenazah manakala kumpulan umur 21 hingga 40 tahun (534 jenazah), 81 hingga 100 tahun (234 jenazah).

Selain itu, kumpulan umur 0 hingga 12 tahun pula seramai 27 orang dan 101 tahun dan ke atas pula hanya satu jenazah direkodkan.

Ketika ini, Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19 Jakim dan Jawi disertai 120 petugas iaitu 91 petugas lelaki dan 29 petugas wanita.

Jenazah Covid-19 paling tinggi diterima daripada Hospital Kuala Lumpur dengan 1,764 jenazah diikuti Hospital Ampang (660), Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (524) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (500).

Dalam pada itu, Hospital Labuan merekodkan 156 jenazah, Hospital Putrajaya (82), Hospital Rehabilitasi Cheras (56), Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (43), Institut Jantung Negara (21) dan Institut Kanser Negara (12).

Sementara itu, Prince Court Medical Centre merekodkan lima jenazah diikuti Hospital Pantai Kuala Lumpur (7), Hospital Serdang (3), KPJ Tawakal Kuala Lumpur (4), Colombia Asia Hospital (2), Gleneagles Kuala Lumpur (2) dan Hospital Selayang (1). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya