27,808 kes positif Covid-19; 235 kes ICU - Utusan Malaysia

27,808 kes positif Covid-19; 235 kes ICU

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan, 235 kes berbanding kelmarin, 216 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan penurunan iaitu 132 kes berbanding kelmarin, 141 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 27,808 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin, 26,701 kes sekali gus mengatasi 12,488 kes sembuh.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan penurunan kepada 16 kluster berbanding semalam, 19 kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,692 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini sebanyak 486 kluster berbanding kelmarin, 481 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,206 kluster berbanding kelmarin, 6,195 kluster,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 103 kes bersamaan 0.37 peratus daripada 27,808 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 27,705 kes bersamaan 99.63 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 103 kes kategori tiga, empat dan lima, 43 kes atau 41.75 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 41 kes atau 39.81 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19; 19 kes atau 18.45 peratus telah menerima dos penggalak dan 50 kes atau 48.54 peratus berumur 60 tahun dan ke atas.

“Selain itu, 44 kes atau 42.72 peratus mempunyai komorbid; satu kes atau 0.97 peratus  adalah kes ibu mengandung dan 16 kes atau 15.53 peratus telah meninggal dunia, termasuk sembilan atau 8.74 peratus adalah kes kematian yang dibawa ke hospital (BID),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menurun sebanyak 36 kes berbanding semalam, 39 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,276 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 11 daripada 36 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,551 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya