26,832 kes positif Covid-19; 500 kluster aktif - Utusan Malaysia

26,832 kes positif Covid-19; 500 kluster aktif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan kepada 261 kes berbanding kelmarin, 238 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan iaitu 139 kes berbanding kelmarin, 130 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 26,832 kes positif menunjukkan penurunan berbanding kelmarin, 28,825 kes sekali gus mengatasi 18,459 kes sembuh.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan peningkatan kepada 15 kluster berbanding semalam, 12 kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,719 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini sebanyak 500 kluster berbanding kelmarin, 492 kluster manakala jumlah kluster yang tamat sebanyak 6,219 kluster berbanding kelmarin, 6,212 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 133 kes bersamaan 0.5 peratus daripada 26,832 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 26,699 kes bersamaan 99.50 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 133 kes kategori tiga, empat dan lima, 29 kes atau 21.8 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 75 kes atau 56.39 peratus menerima dua dos vaksin Covid-19; 29 kes atau 21.8 peratus menerima dos penggalak dan 62 kes atau 46.62 peratus berusia 60 tahun dan ke atas.

“Selain itu, 47 kes atau 35.34 peratus mempunyai komorbid dan enam kes atau 4.51 peratus ibu mengandung manakala 11 kes atau 4.1 peratus telah meninggal dunia, termasuk enam atau 0.02 peratus adalah kes kematian yang dibawa ke hospital (BID),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 37 kes berbanding semalam, 34 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,347 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 10 daripada 37 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,573 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya