21,072 kes positif dengan 99.59 peratus kategori 1 dan 2

21,072 kes positif dengan 99.59 peratus kategori 1 dan 2

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah kes positif  harian Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan apabila sebanyak 21,072 kes dicatatkan berbanding 22,802 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif di Malaysia ketika ini sebanyak 3,040,235 kes.

“Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 86 kes atau 0.41 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Selebihnya, kata Dr. Noor Hisham, sebanyak 20,986 kes atau 99.59 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 mencatatkan 5,995 kes (28.45%), kategori 2 catat 14,991 kes (71.14%), kategori 3 catat 58 kes (0.28%), kategori 4 catat 20 kes (0.09%) dan kategori 5 catat 8 kes (0.04%),” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya