21 kluster Covid-19; 346 kluster aktif - Utusan Malaysia

21 kluster Covid-19; 346 kluster aktif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kluster Covid-19 apabila merekodkan 21 kluster berbanding semalam, 15 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menyaksikan kluster aktif terus merekodkan penambahan jumlah yang terkini sebanyak 346 kluster berbanding semalam, 332 kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,478 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,132 kluster berbanding semalam, 6,125 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sebanyak 7,234 kes positif menunjukkan peningkatan mendadak berbanding semalam, 5,720 kes sekali gus mengatasi 5,254 kes sembuh.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 57 kes berbanding semalam, 56 kes. Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan sedikit peningkatan, 118 kes berbanding semalam, 114 kes,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 73 kes bersamaan 1.0 peratus daripada 7,234 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, sebanyak 7,161 kes bersamaan 99.0 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan sebanyak lapan kes berbanding semalam, tujuh kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,000 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), tiada sebarang kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,449 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya