Tiada PKPD di Taman Sri Pulai Perdana - Utusan Malaysia

Tiada PKPD di Taman Sri Pulai Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan mesej yang tular berkaitan pewartaan seluruh kawasan Taman Sri Pulai Perdana, Skudai di sini sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Pengarahnya, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, hanya tindakan kawalan dalaman dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Daerah Johor Bahru ekoran pelaporan 47 kes positif melibatkan Kluster Pulai Perdana Tiga, semalam.

Beliau berkata, langkah itu diambil setelah aktiviti pengesanan kes secara aktif dan siasatan dijalankan mendapati rumah terbabit berselerak di sekitar taman perumahan tersebut.

“Dengan itu, tindakan kawalan dalaman pada rumah-rumah dan fasiliti berkaitan telah dilaksanakan bermula hari ini. Semua kes positif telah diisolasi dan kontak-kontak rapat kes yang dikenalpasti menjalani pengasingan di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular mesej berangkai di aplikasi Whatsapp mengenai PKPD secara pentadbiran di Taman Sri Pulai Perdana bermula hari ini sehingga 20 Januari kerana terdapat penularan wabak Covid-19.

Mesej tular itu turut memaklumkan bahawa pihak sekolah diminta mengenal pasti dan memaklumkan kepada murid- murid yang tinggal di kawasan tersebut untuk tidak hadir ke sekolah sepanjang PKPD dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Dr. Aman berkata, fasiliti umum yang berpotensi untuk menjadi tempat penyebaran seperti masjid dan sekolah di dalam kawasan tersebut juga telah dikenalpasti dan ditutup buat sementara waktu bagi tujuan siasatan dan pengesanan kes secara berterusan.

“Adalah dinasihatkan agar masyarakat mendapatkan maklumat sahih dari sumber sumber yang rasmi sahaja. Masyarakat juga diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya