Sekolah tahfiz cetus kluster baharu di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Sekolah tahfiz cetus kluster baharu di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jangkitan Covid-19 di Negeri Sembilan telah mencetuskan satu lagi kluster membabitkan institusi pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, Kluster Bukit Chengkau Ulu yang diumumkan hari ini adalah membabitkan sebuah sekolah tahfiz di Rembau.

Jelas beliau, bagi kluster terbaharu berkenaan, sebanyak 72 kes jangkitan Covid-19 telah direkodkan.

Menurutnya, pihak Kementerian Kesihatan masih menyiasat punca kluster berkenaan dan akan diumumkan kemudian.

“Satu lagi kluster yang diumumkan di negeri ini hari ini ialah Kluster Tembok Jelebu 2.

“Secara keseluruhannya, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 218 kes baharu positif Covid-19 yang telah dilaporkan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini dua kluster pendidikan telah dilaporkan di negeri ini iaitu Kluster Jalan Sikamat yang membabitkan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir di sini dan Kluster Jalan Ban Aik 2 yang melibatkan Sekolah Menengah Agama Nilai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya