Pulau Pinang yakin dos penggalak capai sasaran hujung Februari - Utusan Malaysia

Pulau Pinang yakin dos penggalak capai sasaran hujung Februari

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang yakin kadar suntikan dos penggalak di negeri ini mampu mencapai sasaran ditetapkan Kementerian Kesihatan menjelang hujung bulan depan. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, oleh itu Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) digesa supaya mempercepatkan kadar suntikan dos penggalak di negeri ini dengan pengoperasian 100 buah klinik swasta, tapak ‘off-site’ (10) dan program-program ‘outreach’ yang dijalankan membabitkan semua daerah.

“Turut ditekankan adalah tiada polisi ‘walk-in’ dibenarkan dan semua janji temu adalah menerusi aplikasi MySejahtera bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat pemberian vaksin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan terus berada dalam keadaan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bagi memastikan situasi penularan pandemik di negeri ini sentiasa terkawal.

“Saya telah mengarahkan JKNPP untuk terus menjalankan pemantauan situasi semasa meliputi trend penularan, kadar R-naught (Rt) dan tempoh masa bertindak bagi mengelakkan peningkatan kes secara mendadak sehingga melumpuhkan sistem kesihatan negeri,” katanya. 

Malah tambah beliau, JKNPP dan setiap agensi berkaitan juga diminta bersedia dan memobilisasi segala kemudahan dalam menghadapi peningkatan laporan kes khususnya membabitkan varian Omicron.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya