Pesakit Covid-19 perlukan ABP di bawah 150 kes - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 perlukan ABP di bawah 150 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak tiga kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,137 kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 206 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan penurunan berbanding semalam, 209 kluster. 

“Jumlah kluster tamat sebanyak 5,931 kluster berbanding semalam, 5,925 kluster.

“Bagi kes positif, ia menunjukkan penurunan iaitu 2,690 kes berbanding semalam, 2,882 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 3,535 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia merekodkan sebanyak 1.9 peratus bersamaan 52 kes daripada 2,690 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima, hari ini.

Katanya, bakinya, 2,638 kes bersamaan 98.1 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 265 kes berbanding semalam, 284 kes. 

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan penurunan sedikit iaitu 147 kes berbanding semalam, 156 kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan berlakunya penurunan apabila mencatatkan sebanyak 19 kes, berbanding semalam, 26 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,532 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat daripada 19 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,362 kes. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya