Pengamal perubatan keluar sijil vaksinasi palsu akan dikenakan hukuman berat - Utusan Malaysia

Pengamal perubatan keluar sijil vaksinasi palsu akan dikenakan hukuman berat

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hukuman berat akan dikenakan kepada pengamal perubatan dan doktor yang dikesan mengeluarkan sijil vaksinasi palsu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesalahan yang dilakukan doktor dan pengamal perubatan terbabit adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap negara kerana dilihat memberi implikasi buruk sehingga menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia yang lain.

“Saya melihat kejadian ini secara serius kerana tiada maknanya kerajaan berhempas pulas mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pandemik Covid-19 sedangkan mereka sendiri melanggarnya.

“Perkara ini sebenarnya amat susah untuk saya sendiri terima kerana ia berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan rakyat di negara kita sendiri,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat ke-11, Menteri Kuartet Covid-19, di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya