Lebih 1,900 pelanggan klinik swasta di Marang antivaksin - Utusan Malaysia

Lebih 1,900 pelanggan klinik swasta di Marang antivaksin

ROHAIMI MD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan kesemua lebih 1,900 pelanggan sebuah klinik swasta di Marang  yang didakwa menjalankan kegiatan penjualan sijil vaksinasi palsu adalah golongan antivaksin dan tidak menerima sebarang suntikan Covid-19 .

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, hasil siasatan mendapati kurang daripada 10 daripadanya yang dikesan mendapatkan suntikan berbayar berkenaan secara sahih. 

Sehubungan itu, katanya, status MySejahtera kesemua pelanggan yang pernah berurusan dengan klinik swasta berkenaan kini disekat oleh Kementerian Kesihatan dan tidak lagi berfungsi. 

“Setakat ini, boleh dikatakan kesemua yang berurusan dengan klinik swasta itu tidak mengambil vaksin dan mereka termasuk yang berkhidmat di sektor kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) serta orang perseorangan. 

“Di samping itu, kita turut mengesan sebanyak 1,223 butiran pelanggan telah dihantar kepada pihak vendor vaksin bagi dikemas kini status MySejahtera mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Rohaimi berkata, polis turut menerima maklumat daripada majikan yang mengesyaki kakitangan mereka terlibat dalam pembelian sijil vaksinasi Covid-19 palsu itu dan tindakan dalaman bakal diambil. 

Dalam perkembangan sama, katanya, seramai 23 individu sudah diambil keterangan dan kesemua mereka mengakui membeli sijil vaksinasi Covid-19 palsu. 

Malah, menurutnya, ada segelintir mendakwa menggunakan suntikan air suling dan air garam sebagai helah bagi membuktikan pengambilan vaksin Covid-19 mereka adalah secara sah. 

“Daripada 23 individu itu, 18 daripadanya  mengakui status MySejahtera mereka tidak dikemas kini, namun, hanya dua orang sahaja yang membuat aduan ditipu,” katanya. 

Menurut Rohaimi, setakat ini, tiada tangkapan baharu dibuat di samping tiada mana-mana klinik swasta lain yang dikesan melakukan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu itu.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya